fb fb fb fb fb

Banjir Melaka: 8 PPS dibuka

Foto BERNAMA

MELAKA, 28 November -Lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua daerah di Melaka, setakat pukul 9.00 malam tadi.

PPS tersebut menempatkan 232 penduduk daripada 74 keluarga.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, PPS yang dibuka masing-masing enam PPS di Masjid Tanah dan dua di Krubong.

"Banjir di Melaka menjejaskan 16 kawasan antaranya Kampung Padang Siapong, Kampung Ladang dan Taman Merdeka Jaya dalam daerah Melaka Tengah.

"Manakala di daerah Alor Gajah kawasan terjejas banjir antaranya Taman Seri Bayu 2, Kampung Gadek, Kampung Jeram dan Kampung Belimbing Dalam," menurut sekretariat itu.

TETITIA YUSOFF