fb fb fb fb fb

Banjir: Masjid, surau diseru adakan solat hajat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November - Masjid-masjid di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta untuk mengadakan solat hajat sebagai usaha mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi negara serta seluruh mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau turut mengeluarkan arahan sama membabitkan masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan masjid serta surau Jumaat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

" Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk mengadakan solat hajat pada malam ini selepas solat Isyak dan esok, 29 November, selepas Solat Jumaat.

"Ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara juga seluruh penduduk yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendoakan agar mereka yang terjejas dengan bencana ini agar diberikan ketabahan dan sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Datuk Dr. Mohd Na’im turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, serta agensi lain yang bertungkus-lumus membantu penduduk terjejas banjir.

Trainee