fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 8,000 penduduk terjejas di Johor dan Pahang

FOTO INFOBENCANAJKM

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Seramai 8,675 penduduk daripada 2,428 keluarga terjejas banjir masih berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi negeri Johor dan Pahang.

Portal InfoBencanaJKM merekodkan 7,316 orang daripada 2,053 keluarga terjejas di Johor membabitkan 50 PPS, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Paling ramai adalah daerah Kota Tinggi dengan 2,763 orang diikuti Kluang (1,599), Johor Bahru (623), Kulai (86), Segamat (73) dan Pontian (17).

Sementara di Pahang merekodkan 1,359 orang daripada 375 keluarga di 26 PPS, setakat pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ia membabitkan tiga daerah iaitu Rompin melibatkan seramai 658 penduduk, manakala Pekan (360) dan Maran (138).

SITI AISHAH BINTI MD ISA