fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 30 jalan di Terengganu ditutup

Foto JKR

KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Tujuh jalan Persekutuan dan 25 jalan negeri ditutup di Terengganu akibat banjir di lima daerah terlibat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataan berkata daripada tujuh laluan Persekutuan terlibat, empat laluan ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Antaranya jalan Ajil/Kuala Berang, jalan Bukit Diman/Pengkalan Ajal-Felda Tersat, jalan Chukai-Air Putih di Kemaman dan jalan Kuala Jengai-Jongok Batu di Dungun.

"Tiga lagi jalan Persekutuan, hanya dibuka kepada kenderaan berat," kata JKR.

Sementara itu, menurut InfoBencanaJKM, 7,098 orang daripada 1,991 keluarga terjejas banjir di Terengganu setakat ini.

Tambahnya, 74 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu setakat pukul 5.00 petang tadi.

Artikel Berkaitan:
6 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya setakat 1 pagi
Proses menyelamat penduduk banjir di Terengganu berjalan lancar - PDRM
8 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya setakat 2 petang
14 jalan di Hulu Terengganu ditutup
Banjir Terengganu: Jumlah penduduk terjejas kian meningkat

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM