Banjir: Lebih 1,000 penduduk terjejas di Kelantan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Seramai 1,004 penduduk terjejas banjir daripada 295 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Angka itu berkurang berbanding 1,058 penduduk terjejas daripada 310 keluarga setakat pukul 8.00 tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pasir Mas setakat ini.

“Ia membabitkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Bial yang menempatkan 108 penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’deh (530) dan SK Gual Periok (366),” kata InfoBencanaJKM.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan