fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 1,000 naskah al-Quran rosak dikumpul dan dilupuskan

Foto RTM

PASIR MAS, 22 Disember-Sebanyak 150,000 naskah al-Quran rosak akibat banjir melibatkan beberapa buah negeri baru –baru ini di jangka mampu di kumpul untuk di lupuskan mengikut syarak.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata setakat ini pihaknya sudah mengumpul sejumlah 55,000 naskah al-Quran dari beberapa daerah terjejas membabitkan tiga negeri terkesan; iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Di Kelantan sahaja, kita telah mengumpul sehingga hari ini sebanyak 12.5 tan atau bersamaan 25,000 naskah yang terjejas akibat banjir dan di percayai masih ada banyak lagi al-Quran ini akan di serahkan di pusat pengumpulan", katanya demikian pada Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) dan Solidariti mangsa-mangsa banjir di Masjid Taman Maka Utama, di sini.

Tambah Nik Yusaimi pihaknya mewujudkan pusat pengumpulan al-Quran di masjid utama setiap daerah terjejas banjir bagi memudahkan penduduk menghantar kitab suci berkenaan sebelum digantikan dengan yang baharu.
 
Orang ramai diseru untuk mengambil peluang menukarkan al-Quran mereka yang rosak akibat ditenggelami banjir untuk dilupuskan melalui program JEQ KDN.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD