KUALA LUMPUR, 4 Disember- Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang memperinci anggaran kerugian yang dialami oleh sektor pertanian akibat bencana banjir di negeri-negeri terjejas.
"Anggaran awal lebih kurang RM1 bilion kemungkinan, lebih daripada itu sebab memang kemusnahan tanaman agak serius sama ada di Kelantan, Kedah, Terengganu dan tempat lain juga," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peranan institusi kewangan seperti AGRO Bank juga penting dalam menyediakan pelan pemulihan agar sektor tersebut tidak terbeban akibat dilanda bencana tersebut.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan wakil Gerik Fathul Huzir Ayob di Dewan Rakyat.