fb fb fb fb fb

Banjir: KKM pantau penyakit bawaan air

MELAKA, 5 Mac- Berikutan banjir, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air.

Ini terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dua penyakit itu sering berlaku selepas banjir melanda sesuatu kawasan.

"Nak kata selepas pasca banjir sudah tentu kita juga melihat kepada penyakit-penyakit bawaan air, misalnya seperti leptospirosis atau keracunan makanan, ini adalah penyakit yang biasa berlaku pasca banjir.

"Jadi kita juga berhati-hati, jika ada kita cepat-cepat merawat dan pasca banjir juga contohnya kita melihat selain daripada aktiviti terhadap penduduk di sekitar yang mengalami banjir kita juga menggerakkan pasukan kita.

(Dr Zaliha Mustafa)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Profesional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 di Jalan Hang Tuah, di sini hari ini.

KKM katanya turut melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit dan membuka klinik bergerak.

Saringan COVID-19 kepada penduduk yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga masih dilakukan.

Media Baharu