fb fb fb fb fb

Banjir kilat: Nilai kerosakan infrastruktur di N.Sembilan hampir RM1 juta

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 17 April - Kerugian akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan pada Selasa dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kejadian tersebut melibatkan kerosakan infrastruktur di beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Ketika ini laporan penuh dan terperinci sedang diselaraskan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri bagi menilai jumlah sebenar kerosakan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Tambah Aminuddin, bantuan pascabanjir seperti pembersihan rumah, penyerahan kit makanan dan bantuan asas sedang disalurkan kepada semua mangsa selain turut berbincang dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bantuan kecemasan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN