fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Padang Terap, 21 keluarga terima sumbangan

(Hujan lebat yang turun Jumaat lalu menyebabkan Kampung Baru Padang Sanai
dan kawasan sekitar di Padang Terap, dilanda banjir kilat)

PADANG TERAP, 23 Oktober- 21 buah keluarga di sini yang terjejas dalam kejadian banjir kilat, Jumaat lalu menerima sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ia melibatkan 11 keluarga di Kampung Baru Padang Sanai; lima keluarga di Kampung Banggol 9; empat keluarga di Kampung Pokka dan sebuah keluarga di Kampung Tanjung.

Sumbangan merupakan tanda simpati Mahdzir terhadap penduduk yang ditimpa musibah bencana alam di daerah itu.

Beliau berharap penduduk terlibat bertabah di atas ujian yang melanda dan menasihatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Luar Bandar, Muhammad Jasnizam Husni mewakili Mahdzir.

Dalam kejadian malam Jumaat lalu, hujan lebat yang turun menyebabkan Kampung Baru Padang Sanai dan kawasan sekitar di Padang Terap, dilanda banjir kilat.

(Sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai disampiakn kepada penduduk yang terjejas)

Media Baharu