fb fb fb fb fb

Banjir Kilat di Cameron Highlands: 36 penduduk terjejas

Foto RTM

CAMERON HIGHLANDS, 9 Oktober- Seramai 36 penduduk Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands masih terjejas berikutan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh, Isnin lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands dalam satu kenyataan memaklumkan penduduk terjejas terbabit terdiri daripada tujuh keluarga.

Semua mangsa kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Komuniti Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil.

Jelas kenyataan itu lagi, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial.

 Sebarang maklumat boleh menghubungi bilik gerakan (DCC) atau di mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu, Isnin lalu kira-kira 31 penduduk dipindahkan berikutan bencana banjir kilat dan tanah runtuh dan jumlah itu bertambah kepada 36 penduduk, malam tadi (Selasa).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD