fb fb fb fb fb

Banjir kilat, 20 penduduk dipindahkan di Raub

RAUB, 23 Oktober- Seramai 20 penduduk Kampung Ulu Atok, Raub, Pahang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), susulan banjir kilat pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata mereka merupakan penghuni lima buah rumah yang terjejas.

Pihaknya menerima panggilan pukul 7.30 pagi.

Susulan itu, penduduk terjejas dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok.

Turut terlibat dalam operasi pemindahan, pihak bomba, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ketua kampung.

(Penduduk terjejas dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok)

Media Baharu