PASIR MAS, 30 November - Seramai 92,990 orang penduduk terjejas banjir di Kelantan direkodkan setakat pukul 7.00 malam tadi.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 91,969 penduduk setakat 4.00 petang tadi.
Kesemua mereka yang terdiri daripada 28,796 keluarga itu ditempatkan di 287 PPS yang diaktifkan di 10 daerah.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih mencatatkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 27,829 orang yang masih berlindung di 65 PPS.
Diikuti Tumpat 15,985 orang dan Kota Bharu 13,805 orang.
Daerah lain yang turut terkesan ialah Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Machang, Jeli dan Gua Musang.
Menurut portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran,setakat pukul 6.30 petang tujuh sungai utama di negeri itu masih melebihi paras bahaya dengan hampir semua menunjukkan trend penurunan.