ALOR SETAR, 29 November-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam daerah dinegeri ini terus meningkat memandangkan cuaca yang tidak menentu.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah menerusi kenyataan memaklumkan setakat pukul 7.00 malam tadi , seramai 5,701 penduduk daripada 1,715 keluarga di tempatkan di 43 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 2,320 penduduk terjejas banjir daripada 753 keluarga berlindung di 15 PPS.
Di Padang Terap, seramai 1,164 penduduk daripada 335 keluarga ditempatkan di 11 PPS, manakala Kota Setar seramai 976 penduduk daripada 297 berlindung di lima PPS.
Daerah Sik, seramai 651 penduduk terjejas melibatkan 143 keluarga berlindung di tujuh PPS, dan Pokok Sena, seramai 533 penduduk daripada 168 di empat PPS.