fb fb fb fb fb

Banjir: jumlah penduduk terjejas di Johor menurun

FOTO RTM

JOHOR BAHARU, 14 Januari - Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup menjadikan hanya sembilan PPS yang masih beroperasi di Johor.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah penduduk terjejas menurun kepada 791 orang, setakat pukul empat petang tadi.

Mersing kekal paling ramai meskipun berkurang kepada 4,32 penduduk terjejas di tiga PPS.

Diikuti Kota Tinggi turun kepada seratus 50 orang, di 2 PPS.

Kluang kekal 98 penduduk terjejas, berlindung di sebuah PPS.

Manakala Segamat, juga kekal 88 penduduk terjejas di 2 PPS dan Batu Pahat, sebuah PPS masih aktif menempatkan 23 penduduk terjejas.

Tiga jalan masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing, Lingkaran Kahang Barat (Felda Kahang Barat) dan selepas Felda Kahang Barat, Kluang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD