fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Perak berkurangan

Empat PPS masih dibuka di Perak

IPOH, 27 Oktober- Setakat pukul 8.00 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak berkurangan kepada 269 orang, berbanding 272 orang pada pukul 6.00 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Kerian dan Hulu Perak. 

Di Daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 141 penduduk daripada 46 keluarga. Manakala 24 penduduk daripada 10 keluarga pula ditempatkan ke PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

Di daerah Kerian pula, PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 41 penduduk daripada 9 keluarga.

Sementara itu, di Hulu Perak, PPS Sekolah Kebangsaan Kerunai menempatkan 63 penduduk daripada 13 keluarga.

ROSLINA BINTI DIN