fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 15,311

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir berkurang kepada 15,311 orang setakat pukul 9.00 pagi tadi berbanding 16,031 orang semalam.

Menurut portal InfoBencanaJKM, 64 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.

Di Kelantan, penduduk terjejas banjir berkurang daripada 15,016 orang kepada 14,385 orang setakat tempoh tersebut.

Menerusi portal berkenaan, kesemua 4,684 keluarga terjejas di Kelantan itu ditempatkan di 42 PPS.

Manakala di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir berkurang kepada 729 orang berbanding 954 orang malam tadi.

Kesemua penduduk terjejas banjir di negeri itu ditempatkan di 13 PPS.

Pahang pula mencatat peningkatan penduduk terjejas banjir iaitu 142 orang berbanding 120 orang malam tadi.

Sebanyak tujuh PPS dibuka di Pahang setakat ini.

Dalam pada itu di Johor, jumlah penduduk yang terjejas kekal 55 orang di dua PPS.

Artikel Berkaitan:
Banjir: Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 16,031
Banjir: Makmum tidak cukup, solat Jumaat diganti solat zohor
Solat hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjejas banjir
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih dilanda banjir petang ini

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM