fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah di Perak kekal, Selangor berkurang

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak masih tidak berubah iaitu 286 orang daripada 78 keluarga, pagi ini.

Mereka masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) setakat 6.00 pagi, sebanyak 216 penduduk terjejas daripada 59 keluarga dipindahkan di daerah Hilir Perak, Kerian (36 orang, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 orang, lapan keluarga).

Di Selangor, jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.

Sementara itu, dua PPS di Betong dan Kuching di Sarawak dibuka bagi menempatkan 60 penduduk terjejas daripada 16 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran.

TETITIA YUSOFF