fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Satu PPS ditutup

FOTO FAIL

SEGAMAT, 29 Disember - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Kampung Jabi di ini, ditutup pada pukul 2.00 petang tadi dan menjadikan hanya dua PPS yang masih beroperasi di Johor.

Jumlah penduduk terjejas banjir juga berkurangan daripada 63 orang melibatkan 16 keluarga kepada 55 orang daripada 15 buah keluarga di dua PPS tersebut.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 14 penduduk daripada empat keluarga terjejas masih ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Tasek.

"Manakala, 41 penduduk daripada 11 keluarga terjejas masih berlindung di PPS Balairaya Kampung Batu Badak.

"Walaupun PPS di Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing telah ditutup sejak petang semalam, namun laluan masuk ke Kampung Orang Asli Peta di Bukit Cantik, Mersing masih lagi terputus," menurut kenyataan itu.

Selain itu Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat dan Jalan Kota Tinggi-Kluang dibuka satu lorong sahaja.

Kenyataan itu turut berkata, pemantauan dari semasa ke semasa akan terus giat dilakukan.

TETITIA YUSOFF