SEGAMAT, 1 Januari - perkembangan banjir di Johor.
Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Segamat, 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah sembilan PPS beroperasi di daerah tersebut.
Ia menempatkan 658 penduduk terjejas, daripada 192 keluarga.
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan, antara PPS dibuka, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, dan Dewan Sekolah Kebangsaan Batu Anam.
Dalam pada itu, tinjauan kru RTM di PPS Dewan Serbaguna Pekan Air Panas,Labis, Segamat mendapati air banjir dari Sungai Tenang, telah surut
sejak awal pagi tadi.
Seramai 45 penduduk daripada 16 keluarga, ditempatkan di PPS tersebut dan dijangka terus kekal sepanjang hari ini.
"Sebelum banjir ini, kita dah memang maklum pada semua masyarakat, yang biasa dengan banjir ini, kita suruh buat persediaan, bila berlaku hujan tak berhenti, kita akan suruh pindah segera penduduk terjejas, pagi tadi pun air, dia punya lumpur dan 4 inci, dekat rumah tadi tapi tak jangka air tu naik cepat kan, biasa dia sehari dua hari, ini hujan sekejap je air dah naik," kata Vidyanathan.