fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Jumlah penduduk dipindahkan meningkat kepada 14,860 orang

(Keadaan beberapa Jalan Utama yang ditenggelami air terputus
hubungan selepas banjir melanda beberapa kampung di Jalan Kuala Paya-
Balai Badang ketika tinjauan pada 4 Mac 2023/Foto Bernama)

JOHOR BAHRU, 5 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 14,860 orang, setakat pukul 8.00 pagi, membabitkan 13,029 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 260 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh daerah.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Batu Pahat merupakan daerah paling teruk terjejas dengan 14,030 penduduk dipindahkan.

Diikuti Segamat (13,334) dan Kluang (5,296) orang.

(Sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meredah air banjir yang membawa 
barangan keperluan asas bagi penduduk terjejas banjir di Lenga pada 4 Mac 2023/Foto Bernama)

PPS paling ramai menempatkan penduduk terjejas, ialah PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Segamat (2,437) orang, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming, Kluang (529).

Sementara itu, paras air di 22 sungai di tujuh daerah, berada pada aras bahaya.

Beberapa laluan pula masih ditutup kepada semua kenderaan, antaranya Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan Felda Pemanis dan Jalan Bangas.

Media Baharu