fb fb fb fb fb

Banjir Johor: ATM sedia atur gerak aset hadapi gelombang kedua

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KOTA TINGGI, 6 Januari - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menggerakkan aset dan anggotanya bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di Johor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan di beberapa kawasan di negeri itu sehingga esok.

"Jadi mungkin kita harap iayanya tidaklah sampai terpaksa dan banyak kawasan lain yang berhadapan dengan banjir, kita doa sama-sama dan dengan demikian kita tidak tahu sama ada bertambah atau tidak tapi saya percaya kita semua sudah dalam keadaan siap sedia," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, di sini.

Sementara itu, rata-rata penduduk terjejas banjir telah melakukan persediaan awal dengan menyelematkan dokumen peribadi terlebih dahulu, sekiranya hujan lebat berulang kembali. 

"Itu memang sudah kita tahu awal daripada orang yang duduk lama sudah cakap barang-barang penting semua kita letak atas, barang bawah pun sudah bawak naiklah," kata Mariaton Sardam.

"Kita tidak berani hendak cakap apa-apa sebab rumah kita berdepan dengan sungai, suami sudah tengoklah, sudah mula hendak bersihkan tapi hujan balik jadi tergendalalah, berhenti sekejap," kata Nur Farahin Johan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN