fb fb fb fb fb

Banjir: Hanya satu PPS dibuka di Kuantan

KUANTAN, 22 Disember- Seramai 35 orang daripada lapan keluarga terjejas banjir di Pahang, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, jumlah itu bertambah berbanding seramai 30 orang daripada tujuh keluarga semalam.

Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular.

PPS SK Sungai Ular satu-satunya PPS yang masih dibuka di sini.


(PPS SK Sungai Ular satu-satunya PPS yang masih dibuka di sini)

Sementara itu, aplikasi InfoBencanaJKM memaklumkan seramai 60,184 orang daripada 17,294 keluarga terjejas banjir di lima negeri setakat ini.

Kesemua mereka ditempatkan di 328 PPS.

Orang ramai yang berada di kawasan dilanda banjir diminta patuh dengan arahan pihak berkuasa untuk mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Media Baharu