fb fb fb fb fb

Banjir: Empat PPS dibuka di Johor ekoran hujan berterusan sejak semalam

Kemas kini kejadian bencana di negeri Johor

JOHOR BAHRU, 4 Januari- Empat pusat pemindahan sementara( PPS) di Johor dibuka pukul 1.00 tengah hari tadi akibat banjir selepas hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air. 

Tiga daerah terjejas iaitu Johor Bahru, Kluang dan Mersing yang melibatkan 96 orang penduduk terjejas daripada 25 buah keluarga. 

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di Mersing, PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan menempatkan 25 penduduk daripada enam keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Tenglu, 25 penduduk terjejas daripada enam keluarga. 

Di Kluang, PPS Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Kahang menempatkan 44 penduduk terjejas daripada 14 keluarga. 

Sementara itu, di Johor Bahru, data terkini sedang dikemaskini JPBN. 

Tiga laluan di Mersing iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru- Endau dan Jalan Batu Pahat- Jemalung turut terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. 

Manakala empat laluan di Kota Tinggi hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE