fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu: Jumlah penduduk terjejas berkurangan

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 24 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu direkodkan semakin berkurangan dengan 702 orang setakat pukul 6.00 petang tadi, berbanding 746 pada 12 tengahari tadi.

Sekretartiat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melibatkan 182 keluarga yang masih berlindung di 13 PPS membabitka empat daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan juga Besut.

"Ketika Ini masih merekodkan jumlah paling ramai Iaitu 402 penduduk,  Kuala Nerus 111 penduduk, Marang 145 manakala Besut masih kekal 44 penduduk," menurut kenyataan itu.

Keadaan cuaca yang cerah di beberapa kawasan sejak pagi tadu membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing masing.

TETITIA YUSOFF