fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya

FOTO FAIL RTM

KUALA TERENGGANU, 25 November- Situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 67 penduduk masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang masih beroperasi terletak di daerah Dungun dan Marang.

Sementara itu, paras bacaan air di tiga sungai utama di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu berada pada paras waspada dan mencatatkan trend menaik.

Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin.

SITI AISHAH MD ISA