SEGAMAT, 15 Januari- Keadaan banjir di Segamat, Johor, pulih lebih 98 peratus, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka.
Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, ia melibatkan kawasan Kampung Batu Badak, Gemereh, dan Kampung Sedeng.
Sehingga kini, 74 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Agama Gemereh, manakala, tiga penduduk di PPS Balairaya Gemereh.
PPS khas Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula dibuka sebagai persediaan menempatkan penduduk terjejas positif COVID-19.
Hasrin berkata pihaknya akan membuat penilaian dalam masa terdekat bagi memutuskan penutupan PPS terbabit.
'Kita sudah hampir penghujung, tinggal sikit lagi, itupun kalau kita tahu dan faham, kampung yang terlibat ini, memang paling mula dan paling akhir, akan balik ke rumah masing", katanya.
Sehingga kini, 118 permohonan bantuan pascabanjir telah diluluskan.