
KOTA KINABALU, 13 Mac– Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah kekal 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas akibat bencana banjir.
- Dua pusat pemindahan sementara beroperasi: Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.
- JPBN dan pihak berkuasa terus memantau serta menyalurkan bantuan untuk keselamatan dan kebajikan mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas akibat bencana itu, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terlibat.
Kesemua mereka ditempatkan di PPS Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.
JPBN Sabah turut memaklumkan pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa serta menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir sentiasa terjaga. -BERNAMA