fb fb fb fb fb

Banjir di Rompin reda, dua PPS ditutup

ROMPIN, 30 Januari- Keadaan banjir di Rompin semakin reda, selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Kampung Setajam dan Balairaya Kampung Jawa, ditutup hari ini.

Kesemua 192 orang penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS tersebut telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Menerusi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya sebuah PPS yang masih dibuka di daerah Rompin iaitu Sekolah Kebangsaan Denai menempatkan 27 orang penduduk daripada lapan buah keluarga terjejas.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, hujan lebat berterusan tahap waspada dijangka melanda Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga Rabu.

Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di perairan Pahang sehingga esok.


(Dua PPS melibatkan Kampung Setajam dan Balairaya Kampung Jawa, ditutup)

Media Baharu