IPOH, 22 November- Banjir di Perak pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) SK Alor Pongsu di daerah Kerian secara rasminya ditutup pada pukul 2.00 petang tadi.
PPS itu menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga.
PPS itu dibuka sejak 23 Oktober lalu.
Kesemua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing melibatkan Kampung Selekoh dan Kampung Beria.