fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: Jumlah penduduk terjejas meningkat 39 orang

Kira-kira 39 orang terjejas banjir di Perak setakat pukul 10 pagi/Foto RTM

IPOH, 3 Oktober-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 39 orang daripada 11 keluarga setakat 10 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kerian.

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dibuka sejak petang semalam menempatkan penduduk dari Kampung Matang Tengah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut akan melanda semua daerah di negeri ini pada sebelah petang nanti. 

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memaklumkan, laluan FT 147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak ditutup susulan kejadian tanah runtuh.

Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif A111 Alor Pongsu-Bukit Merah yang dibuka kepada semua kenderaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD