fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, catatkan penurunan

Foto RTM

IPOH, 5 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak mencatatkan penurunan kepada 232 orang daripada 246 orang, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah yang terlibat.

Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 53 penduduk daripada 17 keluarga.

PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap pula merekodkan 25 penduduk daripada enam keluarga.

Di Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 97 orang daripada 24 keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pula kekal dengan 57 penduduk melibatkan 19 keluarga.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM