fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, 17 orang ditempatkan di PPS

IPOH, 18 September- Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan paras air sungai melimpah ke kawasan perumahan di daerah Batang Padang, Perak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata keadaan itu menjejaskan 35 buah rumah dengan 194 isi rumah.

"Empat keluarga terjejas banjir melibatkan 17 orang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Trolak Selatan di Slim River.

"Sembilan orang lagi telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"Bagaimanapun pemantauan dari semasa ke semasa masih dijalankan pihak berkaitan," katanya menerusi kenyataan.


(Sembilan orang lagi telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing)

Media Baharu