fb fb fb fb fb

Banjir Pantai Timur:21 balai polis, pos PGA terjejas

 (Datuk Razarudin melakukan kerja-kerja pembersihan di balai Polis Manir dalam lawatan ke Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Sebanyak 10 balai polis dan 11 pos Polis Gerakan Am (PGA) di negeri ini dan Kelantan terjejas dalam bencana banjir, sejak Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, di Terengganu, sebanyak empat balai polis dikenal pasti iaitu di Manir, Air Putih di Kemaman dan Kuala Jengal serta Pasir Raja di Dungun.

Katanya, di Kelantan pula, banjir menjejaskan balai Rantau Panjang, Bakong, Jeram Perdah, Kuala Jambu, Simpangan dan Meranti.

(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain)

“Bagi pos PGA pula, sebanyak 11 terlibat banjir iaitu Terusan, Salleh Berek, Pok Teh Kana, Pak Antah, Serongga, Ibrahim Pencen, Kaloi, Wakaf Zin, Pulau, Kubang Pak Hitam dan Mek Gombak.

“Bagaimanapun, tiada aset-aset penting terjejas kerana dipindahkan lebih awal di tempat selamat pada permulaan musim tengkujuh,” katanya ketika meninjau kerja-kerja pasca banjir di Balai Polis Manir, di sini.

Tambahnya,pihaknya telah mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menghulurkan bantuan pasca banjir secepat mungkin kepada anggota yang terkesan.

Media Baharu