LIPIS, 26 Disember- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Lipis, Pahang ditutup pada pukul 12.20 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan memaklumkan, PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan Masjid Kampung Beletik.
Situasi itu sekali gus menyaksikan banjir di Pahang telah surut sepenuhnya.
Kesemua 89 penduduk daripada 27 keluarga terjejas telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.
Sebelum itu, PPS Balai Raya Kampung Tersang di Raub juga telah ditutup, pukul 8.00 pagi tadi.
Dalam pada itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang berada pada paras waspada setakat pukul 1.00 tengah hari tadi iaitu Sungai Jelai di Jeti Lipis, Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.