fb fb fb fb fb

Banjir di Muallim, penduduk terjejas meningkat 82 orang

Foto RTM

MUALLIM, 5 Ogos-Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Muallim, Perak meningkat kepada 82 orang penduduk setakat pukul 5.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di daerah tersebut.

PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen mengalami pertambahan penduduk terjejas iaitu 82 orang daripada 19 buah keluarga berbanding sebelumnya

PPS ini juga merangkumi penduduk di kawasan Kampung Sri Behrang dan Kampung Pauh.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD