fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka pulih sepenuhnya

Penduduk terjejas banjir mengemaskan kediaman masing-masing

MELAKA, 15 April- Banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila ketiga-tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.

Penduduk terjejas banjir juga sudah pulang ke kediaman masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan PPS terakhir ditutup ialah PPS Balairaya Bukit Balai di Alor Gajah yang tutup pada pukul 3.00 petang tadi.

Manakala PPS Sk Durian Tunggal telah ditutup pada pukul 1.00 petang.

PPS Dewan Japerun Ayer Keroh pula ditutup pada pukul 11.00 pagi tadi.

Banjir di Melaka bermula petang semalam menjejaskan sebanyak 11 kawasan di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Antaranya Taman Melawis Bukit Beruang, Kampung Sungai Putat, Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana, Kampung Bukit Balai dam Kampung Belimbing Dalam.

Bagaimanapun penduduk di kawasan rendah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca semasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI