fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka, Negeri Sembilan pulih, penduduk terjejas di Selangor menurun

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 April - Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), penduduk terjejas banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 483 orang malam ini berbanding 597 orang pada 4 petang tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 227 orang daripada 62 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang, manakala 256 orang daripada 55 keluarga di sebuah lagi PPS di Petaling Jaya. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI