KUALA LUMPUR, 1 Januari - Di Kelantan , situasi banjir semakin baik.
Penduduk terjejas berkurangan kepada 482 orang.
Mereka berada di 10 Pusat Pemindahan Sementara PPS.
Menurut Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 9 PPS dibuka di Kuala Krai dan 1 di Jeli.
Bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan, satu sungai utama mencatat bacaan air sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dengan bacaan 25.11 meter.
Banjir di Kelantan semakin baik
powered by social2s