fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan, dua PPS ditutup

Foto RTM

PASIR MAS, 3 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan mencatatkan penurunan kepada 4,530 orang berbanding 4,560 orang, setakat pukul 10.30 malam tadi.

Justeru, pengurangan itu turut melibatkan penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di PPS SMK Beris Panchor dan SK Jelawat, Bachok pada pukul 7.00 malam, hari ini.

Menurut info bencana JKM, kesemua mereka daripada 1,462 keluarga itu ditempatkan di 12 PPS membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah.

Daerah Pasir Mas masih merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi iaitu seramai 4,511 orang daripada 1,454 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS antaranya PPS SK Gual Tinggi (898), PPS SK Tok Deh (813) dan PPS SK Sri Rantau Panjang (2) seramai 711 orang.

PPS Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah dilapor masih dibuka dengan menempatkan 19 orang penduduk terjejas banjir daripada lapan keluarga.

Sementara itu, menurut Public Info Banjir JPS, dua sungai utama di negeri Kelantan mencatatkan paras melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu setakat pukul 10.30 malam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM