fb fb fb fb fb

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 9 Disember - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah ditutup sepenuhnya hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain menerusi kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan  SK Sri Gunung di daerah Kota Setar dibuka sejak 29 November lepas.

"PPS itu sebelum ini menempatkan 243 orang daripada 60 keluarga daripada enam kampung di Mukim Gunong," kata Mohd Suhaimi.

Kampung yang terlibat ialah  iaitu Kampung Alor Gunung, Kampung Gunung, Kampung Gunung Hilir, Kampung Alor Goncar , Kampung Alor Melintang dan Pondok Tanjung Bedil.

TETITIA YUSOFF