fb fb fb fb fb

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 2 Januari - Pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir beroperasi di daerah Segamat, di sini ditutup sepenuhnya petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi satu kenyataan berkata, PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga itu ditutup kira-kira pukul 5.00 petang.

Bagaimanapun, menurut jawatankuasa itu, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing masih terputus hubungan.

"Laluan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Ladang Mutiara-Paloh,” menurut jawatankuasa itu," menurut kenyataan itu.

Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Disember lepas dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 penduduk terjejas banjir daripada 39 keluarga.

TETITIA YUSOFF