fb fb fb fb fb

Banjir di Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 9,646

Foto fail

JOHOR BAHRU, 21 Mac - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan kepada 9,646 orang daripada 2,709 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 9,655 penduduk daripada 2,711 keluarga, pada pukul 4.00 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak 91 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lima daerah.

"Johor Bahru, daerah paling terjejas teruk merekodkan 3,273 penduduk, diikuti Kluang 2,064  penduduk. Manakala, Kota Tinggi 1,171, Pontian 1,395 dan Kulai 1,152," menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Dua laluan jalan terputus hubungan di Kota Tinggi, iaitu Jalan Lukut Cina di Taman Aman dan Jalan Mawai Lama, yang ditutup sepenuhnya berikutan arus deras.

TETITIA YUSOFF