fb fb fb fb fb

Banjir di Johor: 463 penduduk terjejas banjir tak sempat kemas barang, air naik mendadak

Pekerja kilang, Ishak Awang (kiri) dan suri rumah, Safiyyah Mukiyat (kanan) antara penduduk terjejas banjir di Johor/FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 1 Disember - Banjir kilat yang melanda awal pagi hari ini di empat kawasan di daerah ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak malam tadi.

Seramai 463 penduduk terjejas daripada 132 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat 11 pagi tadi.

Tinjauan RTM mendapati banjir kilat berlaku di Kampung Paya Kenangan, Taman Bunga Ros, Kampung Sentosa Damai, Kampung Bukit Pulai dan Jalan Kangkar Tebrau.

Buat penduduk Kampung Paya Kenangan, mendapati air sudah surut dan kelihatan penduduk membersihkan rumah masing-masing.

Bagaimanapun mereka diminta berwaspada susulan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Penduduk berkata, air naik sehingga paras pinggang dan ia merupakan kejadian ketiga pada tahun ini.

Pekerja kilang, Ishak Awang, berkata pada pukul 12 lebih dia mendapati air naik dengan begitu cepat tanpa amaran.

"Tak sangka air naik mendadak sampai tak sempat nak mengemas barang yang berselerak, jadi agak kelam kabut nak mengemas barang" kata suri rumah, Safiyyah Mukiyat kepada RTM.

Kawasan lain yang terjejas adalah di Taman Bunga Ros, Kampung Sentosa Damai, Kampung Bukit Pulai dan Jalan Kangkar Tebrau.

GRACE AISYAH KEDAYAN