fb fb fb fb fb

Banjir: Cuti anggota skuad PANTAS Selangor dibeku

Foto RTM

SHAH ALAM, 29 November - Cuti lebih 500 anggota skuad Pasukan Tindakan Segera, (PANTAS) dua belas pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan sebagai langkah kesiapsiagaan mendepani bencana banjir.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan Dato Ng Suee Lim, susulan Monsun Timur Laut kali ini, cuti anggota terlibat dijangka dibekukan sehingga Januari bergantung kepada keadaan bencana banjir.

"Kita sentiasa siap siaga, sekiranya ada masalah yang perlu di pusat penempatan sementara (PPS) dan sebagainya kita akan kerahkan jika perlu termasuk skuad pantas daripada PBT, kita tidak benarkan mereka ambil cuti dalam masa tempoh ini," kata beliau.

Suee Lim berkata, pembekuan cuti perlu dilaksanakan susulan situasi banjir kali ini diramal lebih mencabar sekitar pertengahan dan akhir Disember berdasarkan rekod terdahulu.

Setakat pukul 5.30 petang tadi, dua PPS dibuka di Klang bagi menempatkan 312 individu daripada 77 keluarga susulan kediaman mereka dilanda banjir .

Dalam pada itu katanya Selangor sentiasa bersedia menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir di Pantai Timur sekiranya ada keperluan.

Beliau berkata demikan selepas melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Shah Alam.

Trainee