JOHOR BAHRU, 21 November - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Johor bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir di negeri itu.
Segala aset termasuk pegawai dan anggota APM juga bersedia digerakkan ke ke lokasi tumpuan banjir.
Pengarah APM negeri, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, semua 13 lori tujuh tan dibawah kendalian pasukan itu dalam keadaan baik dan bersedia digerakkan ke lokasi bencana bersama anggota terlibat.
"Kita berharap semua jentera kita dapat digunakan pada Monsun Timur Laut kali ini.
"Sebarang kerosakan tu akan kita pembaikan dengan kadar segera untuk memastikan kecukupan logistik Angkatan Pertahanan Awam Johor dapat dioptimumkan. Jika ada keperluan memaksa untuk penambahan logistik kita akan memohon daerah atau negeri berhampiran dengan Johor", katanya di sini.
Menurutnya, sehingga kini, seramai 1,800 pegawai dan anggota juga telah selesai mengikuti kursus dan latihan menghadapi MTL seperti pengendalian bot, latihan pengurusan di pusat pemindahan sementara, dan latihan masakan kecemasan.
Beliau juga telah mengeluarkan arahan pembekuan cuti kepada semua pegawai dan anggota sepanjang musim MTL, kecuali hal kecemasan.