fb fb fb fb fb

Banjir: Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada, patuhi arahan

Foto: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

"Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan.

"Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI