fb fb fb fb fb

Banjir: 413 penduduk berlindung di empat PPS di Perak

Keadaan banjir di daerah Kerian semalam/ Foto: JPBN Perak

IPOH, 8 November- Perkembangan banjir di Perak menyaksikan setakat pukul 4 petang tadi, jumlah penduduk terjejas banjir terus meningkat kepada 413 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 162 penduduk daripada 50 keluarga, manakala 97 penduduk daripada 33 keluarga ditempatkan di PPS MPTI Langkap.

Sementara itu, lagi 97 penduduk daripada 24 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pula menempatkan seramai 57 penduduk daripada 19 keluarga.

ZEHRA BINTI ZAMBRI