KUALA LUMPUR, 27 Disember- Sebanyak 37 kawasan di Kelantan yang dinaiki banjir masih belum mendapat bekalan elektrik, setakat pukul 4.00 petang tadi.
Ia susulan penutupan bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas faktor keselamatan penduduk.
Antara kawasan berkenaan adalah Kubang Rambutan, Sekolah Menengah Ugama Al Falah, Booster Jeram Perdah, Balai Polis Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan Terusan.
"Turut mengalami penutupan bekalan adalah kawasan di JPS Bakat 2, Pusat Penyembelihan GP, Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, PS Bendang Guchil, SKGual Sitok dan Gual Sitok.
"Kebakat, Gual Petai Beruk, Gual Bunut, Kubang Kual, Kusar, Gertak Nombor 3, Tasek Permai, Unit Pencegahan Penyeludupan Rantau Panjang, Gual Tokdeh, Kedap, Taman Desa Wira Jaya 2-3, Prima Lubok Jong 1-3, Taman Desa Wira, Taman GM Vista, Ladang Ayam Bukit Saji, Putat 7 dan Taman Rantau Baru juga berdepan penutupan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
TNB berkata, kesemua kawasan berkenaan akan disambung bekalan elektrik setelah air surut serta pepasangan elektrik TNB berada dalam keadaan selamat.
Dalam pada itu, ketika ini, usaha bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat sedang giat dijalankan agar bekalan dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
Penduduk terjejas turut diingatkan supaya tidak menghidupkan peralatan eletrik sekiranya ia dalam keadaan basah atau dilitupi air serta kekotoran banjir, selain itu jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.
"Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.
"Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai," menurut pihak itu.