KUALA NERUS, 12 Disember- Sebanyak 323 stesen pemancar telekomunikasi dikenal pasti terjejas banjir di seluruh negara bermula 30 November lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata 318 daripada jumlah itu sudah beroperasi semula.
Jelasnya, 264 daripadanya adalah di Kelantan,Terengganu (49), Pahang (9) dan Johor Bahru (1).
"Daripada 323 ini, 318 sudah beroperasi semula dan lima belum beroperasi di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, sembilan daripada 97 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terjejas banjir masih belum dapat beroperasi.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA) di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung berita palsu mengenai banjir sepanjang Monsun Timur Laut.
Sehubungan itu orang ramai diminta mendapatkan berita banjir melalui laporan rasmi daripada media arus perdana.